Home Crime “YANG BETINA BUNTING MATI. YANG KECIL PARAH.” – SAKSI KUCING DIZALIMI

“YANG BETINA BUNTING MATI. YANG KECIL PARAH.” – SAKSI KUCING DIZALIMI

by rajnathan@theanimal.my

Seberang Jaya, Pulau Pinang – Seekor kucing betina bunting mati manakala seekor lagi anak kucing berusia lingkungan 6 bulan parah dipercayai dipukul kejam.

Pelaku seorang wanita pertengahan usia menggunakan sebatang kayu panjang melibas kedua-dua kucing tersebut tanpa belas di kawasan perumahn flat Pintas Kalui 1 disini siang tadi.

Pelaku wanita disyaki memukul dua ekor kucing kelihatan membawa kayu. Seekor daripadanya kucing betina bunting mati manakala seekor lagi adalah anak kucing berusia anggaran enam bukan parah.

Kejadian sempat dirakam oleh saksi Nazir Asmawi Zainul Abidin mendapat perhatian dan tindakan pantas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang. Beberapa pegawai penguatkuasaan dilihat turun ke lokasi untuk menjalankan siasatan dan mengumpul bukti kejadian sebaik mengetahu insiden kekejaman tersebut.

Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Veterinar Pulau Pinang bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan

“Jumlah kucing yang terlibat adalah dua ekor. Seekor kucing yang mati merupakan kucing betina yang sedang sarat bunting manakala seekor lagi parah adalah anak kucing berusia dalam lingkungan enam bulan.” Ujar saksi.

Kucing betina bunting yang menjadi mangsa pukul akhirnya dilaporkan mati.

Menurut saksi sewaktu kejadian ramai orang melihat perbuatan wanita tersebut membawa sebatang kayu dan memukul kuat kucing yang ada berhampirannya.

“Dia (pelaku) turut mencabar orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya melaporkan kepada pihak berkuasa.” Tambahnya lagi.

Saksi memaklumkan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Air Itam berhubung kejadian kezaliman tersebut supaya kes disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Laporan dibuat demi keadilan terhadap kedua-dua ekor kucing yang dizalimi pelaku.

Orang ramai turut berkerumun menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap perakuan wanita zalim terhadap kedua-dua ekor kucing malang tersebut.

You may also like

Leave a Comment