Home Crime VIDEO TULAR ORANG TUA TEMBAK ANJING : HUKUMAN BERAT MENANTI PELAKU

VIDEO TULAR ORANG TUA TEMBAK ANJING : HUKUMAN BERAT MENANTI PELAKU

by jeremycheung@theanimal.my

Kuala Lumpur – Dua hari ini kecoh dan gempar mengenai video aksi seorang lelaki tua berkain sarung melepaskan tembakan dipercayai kepada seekor anjing berdasarkan suara mengerang kesakitan yang jelas didengari dalam video tersebut.

Selain mengundang kemarahan masyarakat. Ganjaran RM2,000 ditawarkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) kepada sesiapa yang berjaya bekalkan maklumat hingga tertangkapnya pelaku, berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

 Dalam satu hantaran di laman Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM pula menjelaskan bahawa jika kes berjaya didakwa. Hukuman berat menanti pelaku di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Seksyen 30 memperuntukkan denda maksima RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

You may also like

Leave a Comment