Home Industry TOREH PERUT ULAR SAWA HIDUP-HIDUP KERANA TELAN KAMBING

TOREH PERUT ULAR SAWA HIDUP-HIDUP KERANA TELAN KAMBING

by rajnathan@theanimal.my

Kedah – Seekor Ular Sawa ditoreh perut secara hidup-hidup kerana menelan seekor kambing penternak.

Keadaan Ular Sawa yang menanggung derita akibat perut dibelah dalam keadaan masih hidup

Video berdurasi 1 minit 38 saat mempamerkan aksi seorang pemuda membelah perut Ular Sawa dalam keadaan ular masih hidup.

Rakaman dipercayai berlaku di negeri utara tanah air berdasarkan dialek bahasa perbualan dikalangan penduduk kampung.

Dalam video tersebut kedengaran perbualan antara lainnya tidak berpuas hati dengan ular yang memakan kambing peliharaan mereka. Selain itu seorang penduduk mencarangkan supaya ular dijual untuk mendapatkan hasilnya. Namun Penoreh perut ular juga memberi cadangan adalah lebih baik menjual kambing yang telah mati dalam perut ular kepada pembeli berbangsa Siam memandangkan kambing mati terlebih dahulu dan tidak sempat disembelih.

Betapa seksanya ular sawa ditoreh dalam keadaan masih bernyawa
Kambing yang berjaya dikeuarkan daripada perut ular sawa. Kambing bagaimana pun telah mati dan tidak dapat diselamatkan.

Perbuatan ini terlihat zalim apatah lagi perutnya diburaikan dan dibelah dalam keadaan ular sawa masih bernyawa. Kehadiran ular sawa adalah disebabkan lapar dan kekurangan sumber makanan tambahan lagi dia berada disekitar lingkungan habitatnya.

You may also like

Leave a Comment