Home Hobby SI BUNTAL KUCING KESAYANGAN SAMA BESAR DENGAN TUAN

SI BUNTAL KUCING KESAYANGAN SAMA BESAR DENGAN TUAN

by bonetgisela@theanimal.my

Cat Super LAG – Dua ekor kucing berpemilik menjadi perhatian dunia kerana saiz badan luar bisanya dan hampir menyerupai pemilik.

Dalam laman Facebook Cat Super LAG mempamerkan beberapa foto individu dipercayai pemilik bersama dua kucing buntal. Hantaran berkenaan menerima jumlah like sebanyak 3800 manakala jumlah perkongsian mencecah 1600 sekali gus menjadikan aksi dua ekor Si Buntal sebagai tarikan baharu viral Facebook dalam tempoh hanya 3 jam hantaran dinaik turun dalam laman Facebook.

Bagaimana pun lokasi keberadaan kucing serta nama pemilik tidak dinyatakan. Netizen juga memberikan komen pelbagai pandangan antaranya netizen bertanya sama ada dua ekor kucing buntal ini boleh melompat atau tidak?

Selain itu ada netizan yang bimbang dengan keadaan dua ekor buntal yang disifatkan sebagai melebihi berat badan atau obesiti.

You may also like

Leave a Comment