Home Official SETELAH 5 EKOR KUCING HILANG : ULAR SAWA 50KG BERJAYA DITANGKAP

SETELAH 5 EKOR KUCING HILANG : ULAR SAWA 50KG BERJAYA DITANGKAP

by amiraghaus@theanimal.my

KUANTAN – Kehilangan seekor demi seekor kucing peliharaan seorang lelaki sejak minggu lalu terjawab apabila seekor ular sawa seberat 50 kilogram berjaya ditangkap malam semalam.

Dalam kejadian 16 Januari 2020 kira-kira pukul 8.30 malam itu ular sawa yang kekenyangan dipercayai memakan kucing itu berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan di sebuah bengkel di Kampung Padang di sini.

Pemilik bengkel, Ku Azahari Ku Ibrahim,49, berkata, dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa kekenyangan berada di hadapan bengkelnya malam semalam.

“Ketika kejadian saya ingin menjenguk bengkel yang berada di sebelah rumah sebelum ternampak ular sawa sedang melingkar di hadapan bengkel.

“Saya percaya ular sawa yang dalam kekenyangan ini memakan kucing kerana telah lima ekor kucing peliharaan saya telah hilang,”katanya di sini, hari ini.

Ular Sawa seberat 50kg yang berjaya ditangkap dan dipercaya ular sawa yang sama menelan 5 ekor kucing pemilik bengke ini.

Sementara itu Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Kuantan, Syahid Ansori berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira pukul 8.45 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau memberitahu mengambil masa kira-kira 15 minit bagi menangkap reptilia sepanjang kira-kira 6.4 meter itu menggunakan penjerut.

“Ular terbabit kemudiannya dilepaskan di tempat yang selamat,”ujarnya.

Sumber : Pahangstory

You may also like

Leave a Comment