Home Charity RM7,000 SUMBANGAN UNTUK 400 KUCING DAN ANJING. EBIT LEW BANGGA DENGAN S.I. HOME SHELTER

RM7,000 SUMBANGAN UNTUK 400 KUCING DAN ANJING. EBIT LEW BANGGA DENGAN S.I. HOME SHELTER

by jeremycheung@theanimal.my

Shah Alam, Selangor – Rintihan dan keluh kesah para pencinta haiwan kita semakin dapat perhatian oleh dermawan terkemuka Ustaz Ebit Lew.

Dalam kenyataannya hari ini di Laman Facebook Ebit Lew. Beliau melahirkan rasa terharu terhadap sepasang suami isteri yang mengusahakan sebuah pusat perlindungan untuk haiwan jalanan. Pusat ini menurutnya menempatkan 400 ekor kucing dan 10 ekor anjing jalanan.

Menurut beliau, pusat yang diberi nama S.I.Home Shelter terletak di Shah Alam, Selangor memerlukan bantuan untuk menampung kos rawatan. “Ramai tag saya apabila pusat ini menyuarakan permohonan bantuan untuk tampung kos rawatan.” Ujarnya.

Ebit Lew juga menzahirkan luahan rasa simpati terhadap nasib menimpa kucing jalanan yang diselamatkan oleh penyelamat. “Sedih kasihan kucing semua manja-manja. Comel-comel. Macam-macam penyakit. Ada yang patah kaki. Bulu tiada. Dan penyakit lain. Kasihan lak rasa. Anjing pun sama. Comel dan manja walau tengah sakit.” Menurut Ebit lagi.

Ebit Lew hadir melawat sendiri ke shelter berkenaan dan memberi sumbangan wang tunai RM7,000.00 untuk membayar rawatan berserta sedikit bekalan makanan kucing sebagai keperluan shelter.

Ebit Lew turut mendoakan supaya Allah bantu dan memberkati semua yang membantu kucing dan anjing.

You may also like

Leave a Comment