Home Crime PEMBUNUH KUCING BUNTING DIREMAN EMPAT HARI

PEMBUNUH KUCING BUNTING DIREMAN EMPAT HARI

by news@theanimal.my

Bukit Mertajam, Pulau Pinang – Wanita yang disyaki memukul dua ekor kucing di Pangsapuri Pintas Kalui 1, Seberang Jaya dengan sebatang besi hari ini direman selama empat hari.

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan permohonan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang untuk menahan reman pelaku yang berumur 51 tahun tersebut.

Dalam kejadian semalam wanita ini dikatakan memukul dua ekor kucing dimana seekor kucing bunting mati dan seekor lagi parah.

Kes disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tiga tahun manakala denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000.

Pelaku disyaki membunuh kucing bunting dengan batang besi kelihatan dibawa keluar daripada Kompleks Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas pihak berkuasa mendapat perintah reman selama empat hari

You may also like

Leave a Comment