Home Official NGO HAIWAN DESAK SEBAT PEMBUNUH DAN PEMBURU HAIWAN LIAR

NGO HAIWAN DESAK SEBAT PEMBUNUH DAN PEMBURU HAIWAN LIAR

by news@theanimal.my

Kuala Lumpur – Persatuan Haiwan Malaysia hari ini mendesak supaya kerajaan melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) segera membuat perubahan undang-undang dengan memasukkan hukuman sebatan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 terhadap pesalah pembunuh dan pemburu haiwan liar.

Gesaan dibuat disebabkan siri pembunuhan kejam haiwan liar yang dikategori dalam Jadual Kedua Akta 716 tersebut.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia yang juga Penganalisis Jenayah Haiwan MyAct Arie Dwi Andika. Pembongkaran kes Pembunuhan secara kejam terhadap seekor Harimau Malaysia dan Harimau Kumbang benar-benar meruntun jiwa pencinta haiwan seluruh negara.

Harimau Malaya yang dibunuh kejam untuk dijual ke pembeli luar.

“Bukan sahaja Harimau Malaya dan Harimau Kumbang. Tetapi komponen bahagian anggota dan organ haiwan liar lain seperti gajah turut ditemui.” Katanya.

Komponen dan haiwan yang dirampa ketika operasi

Beliau mengulas mengenai tangkapan seorang lelaki berusia 25 tahun yang memangsakan seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang melalui pembunuhan kejam secara pemburuan haram.

“Umum mengetahui bahawa Harimau Malaya merupakan spesis hidupan liar amat terancam dan mengalami kepupusan dengan jumlah populasi di bawah angka 200 ekor.” Ujarnya lagi

Terdahulu Dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah berjaya merampas 10 bahagian hidupan liar disyaki gading gajah, dua bangkai hidupan liar disyaki seekor Harimau Malaya dan seekor Harimau Kumbang dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah premis di daerah Tanah Merah, Kelantan.

Harimau Kumbang turut menjadi mangsa

Suspek juga tidak mempunyai sebarang permit dan kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia untuk menyimpan barang anggota badan dan bahagian haiwan liar tersebut.

Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Suspek telah dibawa ke IPD Tanah Merah manakala kesemua barang kes dibawa ke IPK Kelantan sebelum diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN Daerah Jeli untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Arie lagi “Negara melalui pihak berkuasa PERHILITAN digesa tidak lagi berkompromi terhadap hukuman untuk pelaku pembunuh hidupan liar yang dikelaskan dalam Jadual Kedua Akta Perhilitan 716 ini lagi.”

“Ini kerana pembunuhan haiwan dalam kategori Jadual Kedua benar-benar merugikan negara dan pemburu haram yang merompak khazanah negara yang amat berharga ini merupakan PENGKHIANAT NEGARA yang harus diberi pengajaran amat berat! Katanya ketika diwawancara.

Sumber Foto : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)

You may also like

Leave a Comment