Seberang Jaya, Pulau Pinang – Polis telah menahan wanita yang disyaki memukul dua ekor kucing menyebabkan seekor kucing betina bunting mati manakala seekor lagi parah.
Kejadian semalam turut dirakam saksi dan mendapat kecaman seluruh negara yang dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Adegan seorang wanita pertengahan usia memegang sebatang besi dengan angkuhnya menyuruh orang awam di lokasi untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun wanita terbabit menafikan kucing betina bunting mati akibat dipukul olehnya. Sebaliknya kucing dikawasan tersebut mati kerana sakit dan kebuluran.

Dia juga mendakwa kawasan tempat tinggalkan terdapat banyak bangkai kucing mati akibat penyakit berjangkit.
Selain itu wanita berusia 51 tahun tersebut juga memaklumkan telah membuat laporan polis mengenai tuduhan orang awam yang mengatakan dia memukul kucing dengan batang besi.

“Lu orang tak tahu whole story then simply spread news. Siapa-siapa nak tahu mailah interview i. The kitten sudah sakit lama. Outsider yang bawak masuk semua kucing-kucing ni dalam taman kami. Tiap-tiap hari mai bagi makan. Tapi pdang bukan public area. Yesterday i sudah make police report for my own safety. Polis pon sudah siasat siapa-siapa yang share i punya video punya orang. Polis sudah tahu whole story. Sejak dari MCO semua kucing disini pon sudah sakit like kena desease. Mayat kucing di merata-rata.” Ujar wanita disyaki pelaku dalam hantara laman fbnya.

Kejadian semalam benar-benar meruntun hati apabila kelihatan seekor kucing terbukur kaku dengan mulut berdarah manakala seekor lagi parah juga dengan mulut keluar darah.
Kes ini mendapat perhatian secara segera Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang sejurus menerima laporan saksi. Kes juga disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

