Home Hobby MENANGGUNG BIAWAK HIDUP BUKAN SEKADAR PERIBAHASA – RAJA BIAWAK 2020 NAUFAL HAZIQ

MENANGGUNG BIAWAK HIDUP BUKAN SEKADAR PERIBAHASA – RAJA BIAWAK 2020 NAUFAL HAZIQ

by news@theanimal.my

Shah Alam, Selangor – Jika orang lain sibuk memelihara haiwan seperti kucing, anjing, arnab atau paling ‘ngeri’ iaitu ular sebagai peneman. Berbeza pula bagi seorang pemuda berasal Kuala Terengganu Naufal Haziq yang memiliki hobi pelik pelihara biawak.

Naufal memegang seekor biawak ketika membersihkan tempat tinggal biawak.

Dia yang berkerja sebagai Pet Sitter di sebuah taman haiwan dilihat mengendalikan pelbagai bentuk dan jenis biawak pelbagai saiz yang jinak dan mesra.

Naufal Haziq atau mesra dipanggil dengan nama Naufal memelihara pelbagai jenis biawak dari dalam dan luar negara. Baginya hobi ini bukan sekadar trend tetapi minat yang mendalam sejak kecil lagi.

Gelaran Raja Biawak 2020 – Facebook Mohd Fairuz Mohd Azman

Biasanya ramai menganggap biawak adalah haiwan yang kotor tinggal di longkang, paya, lombong dan tempat kumbahan namun biawak yang dipelihara ini bukanlah dikutip atau diburu dari kawasan-kawasan tersebut.

Biawak ini adalah hasil pembiakan daripada pakar-pakar haiwan exotic. Hasil pembiakan biawak menyebabkan sifat agresive dan garang itu bertukar menjadi mesra dan sesuai untuk dipelihara.

Antara jenis biawak yang dikendalikan Naufal

Harga anak biawak yang sedia untuk diperlihara juga agak tinggi ini kerana biawak-biawak yang diperlihara kebanyakkannya bukanlah dari malaysia.

Untuk memelihara biawak juga seperti haiwan exotic yang lain memerlukan lesen kebenaran daripada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

Page Taman Haiwan yang mengeluarkan kisah Naufal Pemuda Biawak
Menggendong Biawak Hidup – Naufal Haziq

You may also like

Leave a Comment