Home Official “MANA LAGI TAPIR NAK PERGI?”

“MANA LAGI TAPIR NAK PERGI?”

by news@theanimal.my

Sungai Petani, Kedah – Seekor tapir dewasa dilihat muncul di hadapan sebuah rumah penduduk dipercayai tersesat di Kampung Sungai Tok Pawang, Bedong, di sini, hari ini.

Bagaimanapun penduduk kampung segera menghubungi pihak Bomba dan Penyelemat untuk tindakan segera menyelamat Tapir daripada sebarang perkara tidak diigini berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.16 pagi berhubung kehadiran tapir berkenaan.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ramli Saad bergegas ke lokasi.

“Anggota bomba mendapati tapir berkenaan berada di hadapan rumah penduduk lalu menghalau haiwan itu ke habitat asal yang terletak di kawasan berhampiran,” katanya dalam kenyataan, di sini.

You may also like

Leave a Comment