Home Official KUCING MATI TERSEPIT ROLLER SHUTTER KETIKA DI BANK

KUCING MATI TERSEPIT ROLLER SHUTTER KETIKA DI BANK

by amiraghaus@theanimal.my

Johor Bahru, Johor- Seekor kucing dilaporkan mati akibat tersepit di pintu Roller Shutter. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah bank di Taman Tampoi Utama, Johor Bahru pada waktu tengah malam sewaktu pintu roller shutter automatik sedang tertutup dengan sendirinya.

Dalam satu hantaran Yang tidak menyatakan lokasi kejadian. Pemilik Facebook bernama Abit Klasik memaparkan kejadian di Laman Facebook Pencinta Kucing Area Johor. Bagaimana pun maklumat lengkap lain seperti tarikh, hari dan masa kejadian juga tidak dinyatakan.

Bangkai Kucing mati dilaporkan telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat hasil aduan orang ramai.

Bomba yang tiba dilokasi – Sumber Foto Netizen

Kes kematian kucing tersepit di Roller Shutter ini disyaki ada unsur-unsur khianat. Kematian kucing dianggap sengaja dilakukan oleh orang tidak bertanggungjawab dengan sengaja menekan badan kucing hingga pintu roller shutter benar-benar tertutup hingga leher kucing tersepit. Disamping pintu kaca di bank tersebut sengaja dibuka luas sewaktu kejadian.

Orang awan mahukan kes ini disiasat berikutan curiga berlakunya perbuatan khianat. Mereka mahukan supaya pihak berkuasa mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak bank untuk mendapat gambaran sebenar kejadian. Ia sebagai langkah memberi keadilan terhadap kematian ngeri dan dianggap zalim berpunca daripada perbuatan disengajakan.

Keadaan jelas leher kucing tersepit pintu roller shutter dengan pintu kaca terbuka luas

“Jarang kucing tak alert mengenai pintu tertutup. Roller akan berbunyi bising ketika hendak tutup. Jangan cakap ada yang tahan kucing ketikak pintu shutter sedang bergerak tutup.” Itulah luahan pandangan Norhidayah Abdullah netizen yang beri komen dalam paparan post berkenaan.

Seorang saksi bernama Amirul Amir memberitahu sewaktu ketibaannya ada seekor kucing lain yang melihat rakannya mati tersepit dan hanya beredar sejurus ketibaan bomba.

Kejadian telah dimaklumkan kepada beberapa NGO untuk memohon kepada pihak bank untuk melihat rakaman CCTV bagi membantu mencari jawapan terhadap insiden ini.

You may also like

Leave a Comment