Home Official KUCING JADI MAKANAN ULAR SAWA PELIHARAAN. TREND TERBAHARU DI INDONESIA

KUCING JADI MAKANAN ULAR SAWA PELIHARAAN. TREND TERBAHARU DI INDONESIA

by news@theanimal.my

Indonesia – Trend memberi ular sawa peiharaan makan kucing kini semakin menjadi-jadi di Indonesia. Video tular di seluruh negara tersebut membangkitkan kemarahan warga dan mencetus rasa tidak selesa dikalangan pencinta kucing di negara itu.

Video ular sawa peliharaan membelit dan menelan kucing kini tular dan mendapat kecaman oleh masyarakat pencinta haiwan di Indonesia

Pemilik ular sawa dikatakan terpaksa melakukan perbuatan memberi makan ular sawa peliharaan mereka dengan kucing jalanan memandangkan ia lebih menjimatkan kos. Sekali gus bekalan kucing jalanan yang tidak perlu berbayar dan mudah diperolehi di mana sahaja.

Seorang pemelihara ular sawa Agus Panampang berkata, pencinta ular memilih kucing jalanan memandangkan haiwan itu mudah ditangkap dan dikendalikan.

“Sekarang harga untuk beli haiwan seperti kambing, arnab, ayam dan lain-lain mahal. Justeru kucing mudah didapati di pinggir-pinggir jalan atau di pasar-pasar. Malah ia tidak memerlukan kos. Maka ular boleh kenyang untuk seminggu.” Ujarnya.

Perbuatan menjadikan kucing sebagai makanan ular merupakan satu sikap dianggap zalim oleh sebahagian masyarakat dan ia tidak boleh diterima sama sekali. Manakala bagi pemilik dan pemelihara ular, ianya merupakan rantaian makanan yang normal dalam kehidupan alam haiwan.

You may also like

Leave a Comment