Home Crime KUCING DILEMPAR BUDAK TIK TOK : CARI PELAKU SAMPAI DAPAT!

KUCING DILEMPAR BUDAK TIK TOK : CARI PELAKU SAMPAI DAPAT!

by michelleng@theanimal.my

Sabah – Seorang budak lelaki dilihat memaparkan aksi Tik Tok sambil melempar kucing ke dalam semak dipercayai kawasan berpaya.

Menurut hantaran post video oleh Laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia). “Bertik tok sambil lempar kucing perbuatan orang tidak berakal. Budak lelaki ini menganggap ianya adalah hiburan. Tanpa dia sedar dia sedang melakukan jenayah kezaliman apatah lagi boleh mendatangkan kecederaan, ketakutan (trauma) dan melibatkan kematian sekali pun.”

Video dari Laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

Beberapa komen juga turut mendakwa mengenal pelaku dengan memberikan skrin cetakan Instagram yang disyaki pelaku. Rata-rata komen marah dan mengecam tindakan lelaki ini.

Ejoy Fazwan yang awal meletakkan paparan laman Instagram pelaku turut menyatakan bahawa pelaku sudah takut. Beberapa komen juga memaparkan hantaran laman pekakunyang sama dan turut memaklumkan bahawa laman Instsgram pelaku sudah dinyah aktifkan.

Animal Malaysia meminta mana-mana kenalan pelaku membekalkan maklumat terperinci identiti lelaki tik tok yang melempar kucing ini ke www.wasap.my/+601120901097 segera.

“Dia perlu ditangkap supaya menjadi pelajaran kepada warga tik tok di luar sana agar tidak mengikuti jejak budak lelaki ini memangsakan kucing sebagai medium untuk beraksi.” Menurut satu kenyataan di laman Facebook Animal Malaysia.

You may also like

Leave a Comment