Home Crime JIRAN PUKUL ANJING : CIK IKA EBAM MINTA NETIZEN PANGGIL POLIS

JIRAN PUKUL ANJING : CIK IKA EBAM MINTA NETIZEN PANGGIL POLIS

by jeremycheung@theanimal.my

Kluang, Johor – Saksi yang rakam Pemilik memukul anjing peliharaan hingga disyaki mati diminta tampil buat laporan bantu pihak berkuasa siasatan.

Post asal di Laman Facebook bernama Cik Ika Ebam menyatakan kejadian berlaku di belakang rumahnya. Dalam komen post tersebut juga memberikan alamat nama jalan rumah pelaku di Jalan Hang Tuah 9/4, Taman Muhibbah, Kluang Johor.

Video menunjukkan pelaku melibas anjing peliharaannya hingga lembik dan tidak bersuara

Menurut Cik Ika Ebam lagi. Kejadian mendera anjing berlaku setiap petang dan kali ini adalah antara paling kejam dan ganas. Dalam posting di laman Facebooknya Cik Ika Ebam merayu orang ramai yang menonton posting video di Facebooknya segera menghubungi polis.

Video berdurasi 1.19 minit itu turut diviral oleh netizen dan antara yang memberi perhatian terhadap aksi kejam ini ialah Malaysian Independent Animal Rescue (MIAR).

Cik Ika Ebam juga turut mengutuk perbuatan lelaki yang memukul anjing peiharannya sebagai jahat dan kejam.

Rata-rata netizen yang memberi komen dalam post viral ini mengharapkan pelaku segera ditangkap.

You may also like

Leave a Comment