Home Crime IKAN PAUS DITANGKAP DAN DISEMBELIH KEJAM : PEMUDA RAYU PEMBURU DITANGKAP SEGERA

IKAN PAUS DITANGKAP DAN DISEMBELIH KEJAM : PEMUDA RAYU PEMBURU DITANGKAP SEGERA

by news@theanimal.my

Sabah – Seorang pemuda melaporkan dan mengecam aktiviti penangkapan seekor ikan Paus menggunakan pukat yang disifatkan sebagai zalim, kejam dan tidak berakal.

Menurut @izzyreef dalam hantaran Instagram dua hari lepas. Kejadian berlaku di perairan negeri Sabah.

“To the uncle tua tunjuk thumbs up dalam gambar ni. Kesian you lahir kat dunia ni tapi you bodoh. Whale Shark tu spesis yang dijaga and dah tak banyak”. Ujarnya meluahkan perasaan marah.

Dia turut mengecam tindakan penangkapan ikan tanpa limit yang menggambarkan ketamakan hinggakan dari sekecil-kecil ikan hingga tiada saiz limit.

@izzyreef juga melahirkan rasa marah dengan meminta orang ramai menyebarkan hantaran mengenai tangkapan dan pembunuhan Ikan Paus ini supaya pelaku berjaya ditangkap.

You may also like

Leave a Comment