Home Industry POLIS TAHAN EMPAT DISYAKI PENCURI KERBAU JERANTUT

POLIS TAHAN EMPAT DISYAKI PENCURI KERBAU JERANTUT

by rajnathan@theanimal.my

Jerantut, Pahang – Polis hari ini telah menahan empat lelaki disyaki pelaku yang curi secara tembak dan lapah kerbau peliharaan penduduk kampung di daerah ini.

Kesemua suspek yang ditahan disyaki tembak, kerat kerbau curi ada rekod jenayah lampau termasuk dadah.

Kesemua pelaku yang disyaki mencuri dan melapah kerbau di Jalan Ulu Tembeling berjaya ditahan pihak polis di sebuah kebun di Tembeling di sini.

Seekor kerbau ditemui mati ditembak dan terbiar di Jalan Ulu Tembeling. Pencuri meninggalkan kerbau yang ditembak kerana tidak sempat membawa lari.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mazlan Hassan berkata, empat suspek berumur 35 hingga 58 tahun mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah lampau itu ditahan pada Ahad lalu.

Superitendan Mazlan Hassan, Ketua Polis Daerah Jerantut

“Pihak polis turut merampas sebuah pancuan empat roda dan lain-lain barang kes manakala siasatan masih di teruskan,”katanya.

Dalam kejadian terbaharu pada Rabu lalu itu, tiga ekor kerbau telah ditembak dan dilapah di Jalan Ulu Tembeling yang menimbulkan keresahan penduduk kampung.

Bagaimanapun pencuri hanya melarikan seekor setengah selepas kerbau yang ditembak selepas terserempak dengan penduduk kampung yang kebetulan lalu di situ.

Selain itu Ahli Parlimen Jerantut Datuk Seri Ahmad Nazlan Idris mendakwa, beliau sendiri juga mengalami kehilangan beberapa ekor lembu meskipun haiwan ternakan itu dikurung dikandang.

Datuk Seri Ahmad Nazlan, Ahli Parlimen Jerantut juga turut menjadi mangsa kecurian lembu miliknya.

Justeru beliau berharap penduduk setempat berwaspada dan melaporkan mana-mana kenderaan mencurigakan kepada polis untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

“Saya berharap masyarakat bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dapat berwaspada dan bekerjasama dalam membanteras kes kecurian haiwan ternakan ini.

“Sekiranya terdapat kenderaan luar yang datang dalam keadaan mencurigakan kita perlu melaporkan dan memberikan laporan kepada pihak polis,”

Seekor kerbau mangsa tembak dan lapah oleh pencuri

Katanya lagi, antara modus operandi mereka yang biasa diperkatakan penduduk adalah menembak dahulu haiwan ternakan dengan ubat pelali sebelum satu kumpulan lagi datang membawa haiwan berkenaan.

Seekor kerbau yang ditembak pencuri sempat dilpah di tepi jalan sebelum dimasukkan ke dalam pacuan empat roda.

Menurut Superitendan Mazlan Hassan pula, kes itu disiasat mengikut Seksysn. 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek disyaki cuba bertindak mencuri tiga ekor kerbau dengan cara menembak dan sembelih.

Tambahnya, berdasarkan ujian saringan air kencing mendapati dua suspek didapati positif dadah.

Seekor kerbau ditemui mati akibat ditembak tetapi tidak sempat dibawa lari pencuri

Sumber : PahangStory

You may also like

Leave a Comment