Home Official EMPAT BERSAUDARA DIJANGKITI COVID 19 SELEPAS KES NADIA : SINGA MANGSA TERBAHARU

EMPAT BERSAUDARA DIJANGKITI COVID 19 SELEPAS KES NADIA : SINGA MANGSA TERBAHARU

by asha@theanimal.my

Barcelona: Empat singa di Zoo Barcelona, Sepanyol disahkan positif Covid-19.

Tiga singa betina berusia 16 tahun itu diberi nama Zala, Nima dan Run Run, serta singa jantan berusia empat tahun diberi nama Klumbe dilaporkan mempunyai gejala ringan virus itu.

Portal ABC News melaporkan, empat ‘raja rimba’ itu menunjukkan gejala selesema ringan dan kelihatan sukar bernafas.

Kakitangan perubatan di zoo berkenaan memberi haiwan itu ubat bagi merawat gejala berkenaan.

Ini kejadian kedua membabitkan haiwan dijangkiti virus itu dengan yang pertama berlaku di Bronx, New York.

Namun, empat harimau dan tiga singa dijangkiti Covid-19 dalam kes pertama itu, sudah sembuh.

Dalam pada itu, pakar veterinar di Barcelona menghubungi rakan setugas mereka di New York untuk memahami rawatan diperlukan haiwan dijangkiti virus berkenaan.

Empat singa di Sepanyol itu menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) seperti dilakukan terhadap manusia.

Selain itu, dua kakitangan di zoo sama dipercayai pekerja kandang singa turut dilaporkan positif virus itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan zoo itu berhubung punca jangkitan bagi semua singa terbabit.

Sumber : Agensi

You may also like

Leave a Comment