Home Hobby CEDERA SERANGAN ANJING LIAR. “TEAM GERILA KHAS” DITUBUH KUMPULAN BELIA

CEDERA SERANGAN ANJING LIAR. “TEAM GERILA KHAS” DITUBUH KUMPULAN BELIA

by news@theanimal.my

Shah Alam, Selangor – Negeri Selangor kini bertuah dengan kewujudan sebuah kumpulan belia penangkap anjing yang menggelarkan diri mereka sebagai Skuad Penangkap Anjing ‘Team Gerila Khas’ kawasan ini.

Kumpulan ini turut bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk kerja tangkapan anjing liar yang didakwa memonopoli kawasan Taman Cahaya Alam.

Mangsa serangan 20 anjing liar cedera
Sekumpulan anjing liar yang sering ganggu penduduk

Seorang ahli kumpulan berkenaan bernama Efad Ismail memberi tahu tangkapan ini bertujuan mengekang lebih banyak lagi perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

“Aduan telah dibuat berkali-kali selama hampir sebulan di kawasan area Misz Tart HQ kami di Taman Cahaya Alam Seksyen U12. Setiap orang lalu di kawasan ini akan dikejar dan diserang.” Ujarnya

“Adakah kejadian serangan Anjing lebih 20 ekor berlaku sebentar tadi ini baru nak ambil tindakan? Jika ada kenalan dari kepimpinan agensi kerajaan atau badan-badan tertentu. Mohon bantu isu rakyat setempat ini.” Beritahunya melalui hantaran Facebook.

Manakala seorang lagi anggota ‘Team Gerila Khas’ bernama Azhar Chef Tart pula berterima kasih kepada MBSA atas tindakan menangkap anjing menganas di kawasan Taman Cahaya Alam seksyen U12.

“Kami bukan hero. Tapi kami bertanggungjawab atas kebajikan kawasan kami.” Menurutnya lagi.

Dalam siri serangan anjing tersebut. Menurut Team Gerila Khas ia melibatkan anjing liar yang semakin hari semakin mengganas hingga mencederakan seorang penduduk yang berurusan di sekitar kawasan perniagaan kawasan berkenaan.

You may also like

Leave a Comment