Home Hobby CEDERA MUKA DICAKAR. ANAK KECIL CEKAL TETAP SANTUNI KUCING JALANAN

CEDERA MUKA DICAKAR. ANAK KECIL CEKAL TETAP SANTUNI KUCING JALANAN

by jeremycheung@theanimal.my

Kuala Pilah, Negeri Sembilan – Walaupun muka calar-balar akibat cakaran kucing jalanan yang diberi makan. Ia tetap tidak mematahkan semangat seorang kanak-kanak memberi makan kepada kucing jalanan.

Wajah Adam yang calar balar akibat cakaran kucing jalanan di bawah jagaannya kini kembali memulih.

Malah anak kecil berhati mulia bernama Adam ini tetap menyantuni kucing-kucing jalanan yang sering diberi makan olehnya. Lebih menyentuh perasaan apabila mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah rendah mengingatkan bapanya supaya semua kucing-kucing jalanan yang di bawah tanggungjawabnya selama ini tidak diapa-apakan.

“Abah jangan pukul kucing tu.” pesan Adam kepada bapanya. Ia menunjukkan bahawa didikan daripada ibu bapa kanak-kanak ini amat memberi kesan kepada anaknya hingga tidak menyimpan perasaan marah mahu pun dendam kepada binatang kesayangan nabi tersebut.

Adam kelihatan tenang. kembali aktif dan tidak merasa fobia terhadap apa yang berlaku terhadap dirinya. Dia tetap meneruskan aktiviti rutinnya memberi makan kucing jalanan seperti biasa.

You may also like

Leave a Comment