Lawas, Sarawak – Polis di Lawas hari ini menahan seorang budak yang viral melempar kucing secara zalim ketika bersiaran di media sosial Tik Tok.
Penahanannya dimaklumkan oleh penduduk Kampung Aru Baru, Sundar di Lawas kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Pelaku yang disyaki seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 19 tahun. Dia menetap di Kampung Aru Baru, Sundar, Lawas Sarawak dilaporkan sebagai normal oleh penduduk kampung.
Video lempar kucing yang viral baru-baru ini mengundang kemarahan netizen di seluruh negara dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak masuk akal dan permulaan kepada kezaliman haiwan.
Penahanan remaja lelaki ini memberi kelegaan kepada seluruh warga pencinta haiwan sekali gus memberikan keadilan kepada haiwan yang dianiaya.

Video viral ini mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia yang menyeru supaya pelaku lelaki ini dicari dan ditangkap kerana berbuat zalim kepada kucing.
Kampung Baru Aru terletak kira-kira 45 minit perjalanan untuk sampai ke Bandar Lawas dengan menaiki kereta.