Home Hobby BILAL MASJID DAN 27 KUCING BERKONGSI RUMAH

BILAL MASJID DAN 27 KUCING BERKONGSI RUMAH

by news@theanimal.my

Kuala Lipis, Pahang – Sejak 3 tahun lalu kehadiran kucing jalanan tidak pernah putus mengunjungi rumah seorang Bilal di Masjid Besar Kuala Lipis Pahang. Satu demi satu berkampung di hadapan rumahnya sehingga akhirnya dia memiliki 27 ekor kucing tanpa disengajakan.

Apa yang lebih unik kepelbagaian warna dan jenis kucing kini menetap bersama denganya dalam satu bumbung. Encik Johne Che Yaacob menceritakan pengalamannya bagaimana mula-mula terjebak menjadi penyelamat kucing jalanan yang tidak pernah difikirkan dalam hidupnya.

Dikerumuni pelbagai jenis kucing jalanan dalam kediaman kucing yang dibina di rumahnya.

Menurut Bilal Johne, kesemua kucing dewasa yang ada bersamanya teah dimandulkan. Ia sebagai langkah mengawal kucing-kucing yang datang kepadanya membiak dan berlaku lambakan.

Bilal Johne membelanjakan sebanyak RM1,500.00 sebulan bagi pembelian keperluan kucing-kucing seperti pasir najis, makanan, keperluan vitamin dan sebahagiannya untuk rawatan jika berlaku jangkitan penyakit. “Saya memberi makanan jenama Royal Canin untuk kucing saya. Soal makanan ni saya tak boleh berkira. Saya berpegang prinsip lebih baik saya belanjakan wang untuk makanan bermutu dan berkhasiat berbanding keperluan berulang-alik ke klinik haiwan jika sakit”. Katanya

Dia yang berumur 50 tahun berasal dari Pasir Puteh Kelantan telah 24 tahun menetap di Kuala Lipis menceritakan kucing paling diberi perhatian ialah seekor kucing buta yang tiba-tiba terpacak dihadapan pintu pagar rumahnya. Ia berlaku sekitar dua tahun dulu.

Pandangan hadapan rumah kucingnya
Rumah kucing dibina di halaman hadapan berpagar kediamannya

Bilal Johne mendapat sokongan isteri dan empat anaknya untuk memelihara kucing-kucing tersebut. Selain itu jiran tetangga juga tidak kisah Bilal Johne berkongsi hidup sebumbung dengan semua kucing jalanan yang menetap dengannya. “Ada juga jiran yang bertandang dan membawa anak kecil bermain dengan kucing-kucing jagaan saya ini”. Ujarnya lagi.

Bilal johne juga menasihatkan kepada sesiapa juga yang mahu memelihara kucing supaya memelihara dengan penuh tanggungjawab. “Kucing perlukan kasih sayang. Ia haiwan manja kesayangan Nabi. Kalau nak peihara. Peliharalah sepenuh hati. Pastikan keperluannya mencukupi. Makan dan minum terjaga. Paling penting pantau kesihatannya. Jangan sesekali abaikan amanah tuhan ini kepada kita.” Nasihat Bilal Johne yang pernah berhadapan ujian mencukupkan keperluan kucing-kucing jalanan yang dibantunya.

Kucing-kucing hidup bebas dan ceria dalam Rumah Kucing yang dibinanya.
Semua kucing dibiarkan bebas dalam rumah khas yang dibinanya untuk menempatkan kesemua kucing.

Bagi pelawat berdekatan yang mahu mengunjungi kucing-kucing Bilal Johne boleh ke kediamannya Taman Pertama, Sungai Kerpan, Kuala Lipis.

Kesemua kucing memiliki kad rawatan suntikam vaksin secara berkala bagi mengawal risiko penyakit berjangkit.
Suasana selesa rumah kucing yang dibina Bilal Johne
Bilal Johne bersama kucing-kucing yang dianggap seperti anaknya sendiri

You may also like

Leave a Comment