Home Industry BERTAHUN TINGGAL SEKAMPUNG DENGAN BABI. PENDUDUK SUDAH TIDAK TAHAN

BERTAHUN TINGGAL SEKAMPUNG DENGAN BABI. PENDUDUK SUDAH TIDAK TAHAN

by news@theanimal.my

Bidor, Perak – Penduduk Kampung Kuala Gepai di Bidor Perak semalam membuat demonstrasi aman menggesa supaya pihak berwajib mengambil tindakan terhadap pengusaha ladang babi supaya menutup ladang yang telah lama menimbulkan rasa terganggu dengan bau amat busuk kepada penduduk kampung dan sekitarnya.

Ladang babi yang terletak amat berhampiran dengan kediaman penduduk amat mengganggu dan mendatangkan rasa loya. Bukan sahaja bau tetapi penduduk berhadapan dengan masalah gangguan lalat yang banyak setiap masa.

Akibat sudah tidak mampu bertahan dengan suasana jijik yang merundung kehidupan penduduk kampung. Satu gerakan membantah dianjurkan untuk mendesak supaya ladang babi di kampung berkenaan ditutup.

Perhimpunan tersebut turut dianjurkan bersama badan bukan kerajaan (NGO) ISMA dan para penduduk. “Perhimpunan bantahan ini bukan bermotifkan politik. Sebaliknya desakan supaya pihak berkuasa ambil tindakan terhadap masalah penduduk.” Jelas jurucakap perhimpunan AR Rizal.

Jurucakap perhimpunan juga mengingatkan para peserta perhimpunan bantahan untuk patuh S.O.P PKP supaya tidak melanggar undang-undang.

Rata-rata penduduk kampung juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keberadaan kandang babi di kampung mereka dan menyifatkan negara ini sudah memiliki banyak kandang babi melebihi permintaan yang ada. Malah peratusan populasi babi lebih tinggi berbanding jumlah penduduk.

Penduduk juga mempertikaikan sama ada kandang babi yang beroperasi di kampung mereka memiliki kelulusan pihak berkuasa atau tidak. Malah mereka juga membangkitkan kemarahan mengenai cara operasi kilang yang tidak mencapai standard kebersihan dan keselamatan kesihatan penduduk.

You may also like

Leave a Comment