Sungai Petani, Kedah – Gangguan kera yang berlanjutan tiada penyelesaian di kebun menyebabkan seorang pemilik Facebook bernama Dusun Tokayah memberi petua dalam komen pos kumpulan facebook bagaimana ambil jalan singkat bunuh kera dengan mudah sebagai haiwan perosak.

Dalam satu hantaran mengenai Perangkap Kera Terbaharu di Laman Facebook Persatuan Penanam Durian Malaysia. Banyak idea-idea yang ditampilkan oleh pemilik kebun berkongsi idea bagaimana ‘menyeksa’ dan ‘membunuh’ haiwan perosak seperti kera dengan cara mudah dan efektif.

Komen Nasharuddin Haron pula memberi petua supaya sembelih kera tetapi diamkan dan jangan viral.

Di dalam group ini juga banyak menghasilkan petua mematikan haiwan yang disifatkan sebagai haiwan pest (perosak)

Duaun Tokayah juga melahirkan kekesalan terhadap pihak-pihak tertentu yang sepatutnya mengambil tindakan menyelesaikan masalah kacau ganggu oleh haiwan kera yang kerap berlaku di kawasan hutan yang diteroka pekebun untuk tujuan perkebunan dan perladangan.