Home Industry BABI HUTAN KUNJUNGI KEDAI SUKAN CETUS SUASANA PANIK

BABI HUTAN KUNJUNGI KEDAI SUKAN CETUS SUASANA PANIK

by jeremycheung@theanimal.my

Putrajaya – Seekor Babi Hutan dilihat berlegar tanpa arah dalam kedai menjual barangan sukan di Kompleks Membeli Belah Alamanda Putrajaya.

Kejadian dimaklumkan orang ramai dipercayai berlaku tengah hari tadi sewaktu makan tengah hari.

Babi Hutan tersebut tidak diketahui datang dari arah mana dan hanya disedari berada dalam premis menjual barangan sukan dan menimbulkan kepanikan pengunjung dan kakitangan kedai.

Beberapa saksi kejadian memaklumkan anggota Bomba tiba di lokasi untuk menangkap dan memindahkan Babi Hutan demi keselamatan orang ramai.

Video penuh memaparkan susana panik ‘dikunjungi’ Babi Hutan

You may also like

Leave a Comment