Home Industry ANJING TAPAK BINAAN MENYEDIHKAN – SPCA SELANGOR

ANJING TAPAK BINAAN MENYEDIHKAN – SPCA SELANGOR

by news@theanimal.my

Damansara, Selangor – Seekor anjing ditemui berkurung dalam keadaan menyedihkan manakala tempat kurungan sempit tanpa bumbung dan dinding.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook SPCA Selangor menyebut “Keadaan anjing dilihat begitu kurus dalam sangkar kecil tanpa bumbung dan menghadkan pergerakan.”

Perbuatan mengurung Anjing dalam keadaan begini juga disifatkan sebagai perbuatan menzalimi dengan segala kekurangan dan kesusahan yang dialami anjing sepanjang berada dalam pusat kurungan.

Anjing malang ini ditemui di Kawasan Pembinaan Pavilion Damansara dan disyaki dipelihara untuk tujuan menjaga kawasan berhampiran.

SPCA menyifatkan pemilik anjing melakukan perbuatan yang memalukan.

Pihak SPCA Selangor telah memanjangkan perkara berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut dan dimaklumkan bahawa pihak berkuasa berkenaan akan melakukan siasatan dan turun ke lapangan hari ini juga.

You may also like

Leave a Comment