Home Crime ANJING MANGSA DIBELASAH PEMILIK SELAMAT DITANGAN DUA HERO KLUANG

ANJING MANGSA DIBELASAH PEMILIK SELAMAT DITANGAN DUA HERO KLUANG

by bonetgisela@theanimal.my

Kluang, Johor – Hanya selepas beberapa jam viral di media sosial. Anjing mangsa belasah oleh pemilik di Taman Muhibbah, Kluang Johor kini selamat di tangan dua ‘hero’ dari Stray Dog Home Kluang dan Persatuan Penyayang Haiwan Jalanan Kluang.

Keadaan anjing terkini

Menurut wakil Persatuan Penyayang Haiwan Jalanan Kluang, Nasir Abdul Aziz. Sebaik terima maklumat mengenai keadaan anjing didera di Jalan Hang Tuah 9/4 tersebut. Dia segera menghubungi Bernard Leong dari Steay Dog Home Kluang dan kerja menyelamat segera dilakukan.

“Pagi esok saya yang mewakili Persatuan Penyayang Haiwan Jalanan Kluang dan Wakil dari Stray Dog Home Kluang akan buat laporan polis dan seterusnya lapor kepada DVS untuk tindakan undang-undang terhadap tertuduh.” Menurut laman Facebook Nasir Abdul Aziz.

Terdahulu video pemilik memukul anjing peliharaannya viral di laman sosial dengan hantaran asal oleh Facebook Cik Ika Ebam yang meminta netizen melaporkan kepada pihak polis mengenai penderaan seekor anjing oleh pemilik di belakang rumahnya.

Video berdurasi 1.19 saat itu memaparkan aksi kejam memukul dan menghempas anjing dengan kejam hingga lembik dan netizen menyangka anjing telah mati.

Keadaan anjing selepas diselamatkan

You may also like

Leave a Comment