Home Official ANJING DITANGKAP. BUDAK DARJAH ENAM TUNGGANG MOTOR LEPAS

ANJING DITANGKAP. BUDAK DARJAH ENAM TUNGGANG MOTOR LEPAS

by faizghaus@theanimal.my

Sungai Siput, Perak – Seekor anjing dikenal pasti mengejar seorang kanak-kanak berumur 12 tahun hingga terjatuh dan cedera dikepala telah ditangkap oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).

Penunggang motorsikal seorang pelajar sekolah rendah darjah 6 menerima dua jahitan dikepala akibat cedera terjatuh motorsikal yang melanggar bonggol jalan. Ketika kejadian terdapat seorang lagi rakannya sebagai pembonceng motor yang sama.

Gambar hiasan

Mangsa Mohd Putra Afiq Sazri turut mengalami calar belakang dirawat di Hospital Sungai Siput manakala rakan yang membonceng motorsikal bersamanya tidak mengalami kecederaan.

Kecederaan yang dialami Mohd Putra Afiq Sazri

Menurut Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad. Pihaknya telah berjaya menangkap seekor anjing yang disyaki terlibat pada hari kejadian.

“Anjing tersebut ditahan dan dikurung sementara sebelum dilepaskan ke tapak pelupusan sampah memandangkan ia tidak dituntut oleh sesiapa.

Anjing juga tidak dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar memandangkan tiada gigitan (mencederakan mangsa) berlaku dan mangsa terjatuh sendiri akibat langgar bonggol dalam keadaan motor ditunggang laju dan panik didakwa dikejar anjing.

Menurut YDP MPKK lagi pihaknya mengambil keterangan seorang lelaki yang mengakui sering memberi makan anjing itu dan pihaknya juga mendapati anjing tersebut tiada lesen pemilikan oleh penanggungjawab yang berinya makan.

Sementara itu tiada tindakan dilaporkan diambil pihak berkuasa terhadap kanak-kanak bawah umur menunggang motorsikal mahu pun bapa penjaga yang membenarkan anak menunggang motorsikal tanpa lesen.

Tiada tindakan pihak berkuasa dilaporkan setakat ini terhadap penunggang motorsikal bawah umur yng tidak memiliki lesen motorsikal sah dan kepada penjaga yang membenarkan anak bawah umur tanpa lesen menunggang motor.

Menurut bapa Mohd Putra. Sazri Abdullah, 41, kejadian berlaku ketika anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah dari surau berdekatan rumah selepas selesai menunaikan solat Subuh berjamaah kira-kira 7.10 pagi.

“Kejadian berlaku ketika anak saya menunggag motor untuk pulang ke rumah dari surau. Saya pula pulang lebih awal. Dia pula pulang bersama rakannya yang membonceng bersamanya. Akibat panik dengan anjing. Dia terjatuh kerana terlanggar bonggol jalan. Tiada kecederaan serius.” Ujar bapa mangsa.

Gambar hiasan

You may also like

Leave a Comment