Home Charity ANJING DIABAI PEMILIK. DIIKAT KURUS TIDAK TERURUS.

ANJING DIABAI PEMILIK. DIIKAT KURUS TIDAK TERURUS.

by jeremycheung@theanimal.my

Kepong Baru, Kuala Lumpur : Seekor anjing dilaporkan terabai tanpa makan minum yang teratur hingga kekurusan.

Anjing berbaka buku panjang ini didapati dibiarkan pemilik dengan ikatan rantai setiap masa dihadapan pagar rumah. Menurut seorang penduduk berdekatan Encik John Joseph, anjing ini sentiasa diikat dan terbiar berhujang dan berpanas setiap hari di tempat yang sama

“Anjing ini tidak cukup makan. Badan dia kurus dan bulu pun kusut tidak dirapikan. Lebih menyedihkan tempat berteduh sempit dan diikat dengan rantai pendek didepan rumah. Ujarnya.

Tambahnya lagi anjing tersebut tidak pernah dilihatnya berjalan seperti anjing lain. Hak berjalannya dinafikan pemilik.

Rakan saksi bernama Chalvi Nagapan memuat naik hantaran di laman Facebooknya dengan merayu kepada mana-mana pihak sudi membantu Encik John Joseph mengembalikan keadilan kepada anjing dan memberi kehidupan baik buat anjing yang terabai ini.

Encik John Joseph boleh dihubungi di talian 0132784331 untuk sebarang bentuk bantuan kepada anjing.

You may also like

Leave a Comment