Home Hobby RATUSAN BURUNG BERGELIMPANGAN MATI SELEPAS SAMBUT TAHUN BARU

RATUSAN BURUNG BERGELIMPANGAN MATI SELEPAS SAMBUT TAHUN BARU

by rajnathan@theanimal.my

Rom, Itali – Pagi Tahun baharu 2021 menjadi satu tragedi apabila ratusan ekor burung didapati bergelimpangan mati di sekitar jalan berdekatan Stesen Keretapi Termini.

Kejadian malang ini berlaku selepas malm sambutan tahun baharu dan masyarakat di sana mengandaikan kematian secara besar-besaran burung disitu berpunca daripada pertunjukkan bunga api yang meluas.

Difahamkan pihak kerajaan telah mengeluarkan larangan sebarang permainan bunga api pada malam tahun baharu tetapi tidak diendahkan oleh beberapa kumpulan yang degil.

Selain itu, Organisasi Perlindungan Haiwan Antarabangsa (OIPA) juga telah menuntut larangan juala bunga apo dan mercun di seluruh negara tetapi tidak diendahkan.

Seorang saksi yang juga merupakan pemandu teksi, Diego Fennichia adalah individu terawal yang menyedari ratusan bangkai burung bergelimpangan ketika melalui Jalan Cavour berhampiran stesen keretapi berkenaan.

“Pada mulanya, saya tidak pasti apa yang bertaburan di jalan. Rupa-rupanya ia adalah bangkai burung dan dianggarkan beratus ekor bilangannya.”

“Saya menemui bangkai burung ini kira-kira jam 12.40 tengah malam. Saya bukanlah saintis atau pakar veterinar tetapi mengesyaki kematian burung disebabkan kejutan bunyi letupan bunga api. Namun, itu hanya telahan saya sahaja.” Ujarnya.

Kenyataan Fennichia mendapat maklum balas OIPA dengan jurucakapnya, Loredana Diglio berkata, “Banyak faktor menyebabkan kematian burung berkenaan. Antaranya bunyi yang kuat, kepulan asap dan cahaya daripada bunga api.”

“Kumpulan burung ini kemungkinan mati disebabkan terlalu takut dan stress. Mungkin kumpulan burung itu terbang bersama sebelum bertembung sesama sendiri, terlanggar tingkap atau sumber bekalan elektrik. Jangan lupa burung juga boleh mati disebabkan sakit jantung.” Kata Loredana

Sumber : Agensi

You may also like

Leave a Comment