Home Hobby 19 ORANG DIDAKWA BERI MAKAN BABI HUTAN

19 ORANG DIDAKWA BERI MAKAN BABI HUTAN

by news@theanimal.my

Singapura – Lapan orang didakwa di mahkamah kerana memberi makan kepada babi hutan di Pasir Ris, manakala 11 lagi orang akan didakwa sepanjang dua minggu hadapan.

Ini merupakan jumlah paling ramai orang yang didakwa sejak pindaan undang-undang pada Jun lalu melarang pemberian makanan kepada hidupan liar.

Kesemua 19 orang itu ditangkap kerana memberi makan roti atau makanan anjing kepada babi hutan lewat tahun lalu.

Pesalah kali pertama boleh didenda hingga S$5,000 manakala pesalah berulang boleh didenda hingga S$10,000.

Menurut Lembaga Taman Negara Singapura (NParks), ia memandang serius perbuatan memberi makan kepada haiwan liar.

Ini kerana perbuatan tersebut boleh mengubah naluri semula jadi hidupan liar dan membuatnya bergantung kepada manusia untuk makanan.

Ia juga mungkin menyebabkan haiwan liar lebih cenderung untuk menghampiri manusia dan memasuki kawasan bandar untuk mencari makan.

Bahkan haiwan liar boleh menjadi agresif terhadap orang ramai.

Setakat ini, tindakan penguatkuasaan sudah diambil ke atas lebih 60 individu yang memberi makan kepada haiwan liar.

Sumber : BERITAmediacorp

You may also like

Leave a Comment