Home Industry 100,000 EKOR BUAYA DAN MONYET SEBAGAI ‘PETS’ DIJUAL DI BRITAIN

100,000 EKOR BUAYA DAN MONYET SEBAGAI ‘PETS’ DIJUAL DI BRITAIN

by bonetgisela@theanimal.my

London, England – Rakyat di Britain kini ghairah dengan trending hobi baharu memelihara haiwan liar terutamanya buaya dan monyet.

Perkara ini didedahkan oleh badan kebajikan haiwan antarabangsa World Animal Protection (WAP). Menurut Pengurus Kanan WAP Peter Kemple Hardy, kegilaan masyarakat di Britain kini amat membimbangkan.

Kedua-dua spesis haiwan liar tersebut bebas dijual di 2000 kedai haiwan peliharaan dan diberi lesen penjualannya oleh 283 Majlis Perbandaran di seluruh Britain.

Selain buaya dan monyet, spesis yang membimbangkan berleluasa dijual di kedai-kedai haiwan peiharaan adalah Gila Monster atau lebih dikenali sebagai Cicak Berbisa yang boleh mengundang bahaya kepada pemelihara atau orang sekelilingnya.

Gila Monster atau Cicak Berbisa kini menjadi kegilaan ramai di Britain

Kerajaan Britain mensasarkan jumlah maksimum haiwan peliharaan eksotik yang dibenarkan dijual di Britain pada satu-satu masa adalah 64,810 jenis reptilia, 54,634 jenis amfibia, 23,507 jenis burung dan selebihnya 6,479 haiwan spesis mamalia.

You may also like

Leave a Comment